KUALA LUMPUR: Polis mengesahkan telah menerima satu laporan daripada seorang pendakwah terkenal berhubung dakwaan fitnah terhadapnya dalam satu program 'podcast' khas bertajuk 'The Mondy Tattoo Inteview'.
Timbalan Ketua Polis Daerah Subang Jaya Supt Mohd Fairus Jaafar berkata pengadu yang berusia 38 tahun itu membuat laporan polis pada 2.17 pagi tadi, di Balai Polis USJ 8, Subang Jaya.
Mohd Fairus berkata pendakwah berkenaan mendakwa dirinya difitnah oleh seorang wanita bernama Mondy dalam video yang dimuat naik di media sosial beberapa hari lepas.
"Hasil siasatan yang dijalankan mendapati video tersebut mendapat 225,177 jumlah tontonan, 2,600 tanda suka dan 2,800 komen. Video memaparkan wawancara yang dikatakan telah memfitnah individu terkenal itu," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata kes disiasat di bawah Seksyen 500 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
Pada masa yang sama, beliau turut menasihatkan orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi berkaitan sebarang video yang tular di media sosial.
Mohd Fairus memberi jaminan polis akan mengambil tindakan tegas mengikut peruntukan undang-undang sedia ada sekiranya terdapat sebarang perlakuan yang menyalahi undang-undang.
Baru-baru ini, tular di media sosial tentang dakwaan seorang ibu tunggal yang berasal dari Indonesia, tentang perlakuan seorang penceramah bebas terhadap dirinya, dalam program podcast khas kendalian penyanyi rap dan aktivis kemanusiaan.
Program itu yang dimuat naik dalam beberapa laman sosial seperti TikTok dan YouTube telah menimbulkan pelbagai reaksi dan kecaman terhadap penceramah berkenaan yang sedang berhadapan dengan perbicaraan berkaitan 11 pertuduhan di bawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Sep 18 2023
Pengadu yang berusia 38 tahun itu membuat laporan polis pada 2.17 pagi tadi, di Balai Polis USJ 8, Subang Jaya.
12 terbunuh dipanah petir di Bengal Barat, India
Sekurang-kurangnya 12 orang terbunuh dan beberapa lagi mangsa cedera pada Khamis akibat dipanah petir di Bengal Barat, di timur India.
MyCEB lebar luas rangkaian dengan para pemain acara perniagaan di IMEX Frankfurt
Penyertaan tahun ini tepat pada masanya ketika MyCEB, agensi di bawah MOTAC, menggembleng usaha mempromosikan Tahun Melawat Malaysia 2026.
Serangan Balai Polis Ulu Tiram: Ambil tindakan tegas ke atas pihak lakukan kekacauan - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu tindakan tegas diambil terhadap pihak yang cuba melakukan kekacauan di Malaysia sehingga meragut nyawa.
ABIM gesa rakyat bertenang, serahkan siasatan kepada PDRM
Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) menggesa rakyat untuk bertenang dan menyerahkan sepenuhnya siasatan serta tindakan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta pihak berkuasa berkaitan.
Keganasan terhadap pegawai polis, satu tindakan mengerikan
Membunuh, menyebabkan kecederaan yang teruk dan pencerobohan serta keganasan terhadap pegawai polis di balai polis adalah satu tindakan mengerikan dan kejam.
MEASAT, mudah Healthtech wujud Kiosk telekesihatan pertama
Melalui platform Sihat Xpress, penduduk kampung boleh menggunakan kiosk telekesihatan untuk memeriksa tahap oksigen, tekanan darah, suhu badan dan kandungan gula dalam darah, selain berunding dengan doktor secara dalam talian.
Serangan Balai Polis Ulu Tiram: KPN zahir ucapan takziah kepada keluarga mangsa
Ketua Polis Negara menzahirkan ucapan takziah buat ahli keluarga dua anggota polis yang maut dalam serangan di Balai Polis Ulu Tiram pagi tadi.
AWANI Ringkas: Siasatan termasuk bedah siasat | 47 penerbangan mendarat di Madinah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Wanita warga emas ditemukan meninggal dunia dalam rumah dilanda banjir
Seorang wanita warga emas ditemukan meninggal dunia di sebuah rumah yang dilanda banjir di Kampung Temerlok, Trong dekat Taiping, pagi tadi.
Pemuda dipenjara lapan tahun sebabkan kematian bayi teman wanita
Seorang pemuda dijatuhi hukuman penjara lapan tahun atas pertuduhan menyebabkan kematian bayi lelaki yang baru dilahirkan teman wanitanya.
Domino's Pizza Malaysia kecewa komen sentuh 3R pelanggan, rujuk polis
Domino's Pizza Malaysia kecewa dengan tindakan seorang pelanggan memasukkan komen berbaur negatif dan tidak menjaga sensitiviti ketika membuat pesanan dalam talian.
Polis buka kertas siasatan aktiviti memasak di stesen minyak di Genting Highlands
Polis terima satu laporan polis berhubung satu klip video yang tular di media sosial memaparkan aktiviti memasak di stesen minyak terbabit.
Polis kesan wanita, dua anak lari dari rumah perlindungan
Polis sedang mengesan seorang wanita berusia 25 tahun dan dua anaknya yang dilaporkan hilang dari sebuah rumah perlindungan di Selangor Jumaat lepas (10 Mei).
Video disalah sunting, Teo Nie Ching buat laporan polis
Teo berkata pilihan raya bukanlah tiket untuk mana-mana pihak menyebarkan fitnah dengan niat mencetuskan perbalahan antara masyarakat pelbagai kaum dan agama.
Pemilik akaun X hina anggota TLDM yang terkorban, pengamal media buat laporan polis
Tindakan itu dianggap melampau dan tidak menghormati sensitiviti keluarga yang masih berada dalam keadaan sedih akibat kehilangan ahli keluarga akibat tragedi tersebut.
Laporan polis NUBE: Steven Sim sedia beri keterangan, kerjasama penuh
Steven akan memberikan kerjasama penuh kepada pihak polis susulan laporan polis dibuat NUBE terhadap dirinya berhubung dakwaan salah guna kuasa.
Laporan polis terhadap Chegubard, Salim Iskandar dan Papagomo atas tuduhan palsu - MCMC
MCMC memaklumkan laporan polis itu dibuat berdasarkan kandungan yang dimuat naik oleh ketiga-tiga individu berkenaan di media sosial pada 17 April lepas.
Hina Yang di-Pertuan Agong, Pemuda UMNO Pasir Gudang buat laporan polis
Pemuda UMNO Bahagian Pasir Gudang membuat laporan polis terhadap seorang pemilik akaun Facebook yang membuat hantaran didakwa menghina Yang di-Pertuan Agong.
Hina Agong: 26 bahagian Pemuda UMNO Johor akan buat laporan polis
Noor Azleen Ambros berkata, 26 Pemuda UMNO Bahagian di negeri ini akan bertindak membuat laporan tersebut bermula Ahad.
Logo seakan kalimah Allah di tapak kasut: Polis terima lapan laporan - KPN
Satu kertas siasatan dibuka bagi menyiasat perkara itu di bawah Seksyen 298 Kanun Keseksaan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.